Tuesday, March 8, 2011

Tiada yang sempurna

assalamualaikum


Hargailah pasangan anda...

Mengapa di cari secantik Balqis, 
andai diri tidak sehebat Sulaiman...

Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, 
jika kasih tidak setulus Zulaikha...

Mengapa mengharapkan teman seteguh Ibrahim, 
andai diri tidak sehebat Siti Hajar...

Mengapa didamba teman sehidup yg sempurna Muhammad, 
jika ada keburukan pada diri sendiri...

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan...


Kita mungkin tidak dapat mengubah segala yang pasangan kita mahu daripada kita sebaliknya dia harus menerima kita seadanya.

Sebab,
sudah menjadi fitrah manusia biasa untuk mempunyai kekurangan tersendiri dan mungkin kekurangan itu menjadi titik tolak kepada punca perbalahan dalam sesebuah perhubungan.

 Namun,
jika kita menerima kekurangan pasangan seadanya,
kita akan menjadi pasangan bahagia yang tidak menilai kekurangan itu menjadi kayu ukur kepada kelemahan dalam perhubungan.

 Pakar Motivasi Datuk Dr Fadzilah Kamsah seringkali menyatakan , 
bahawa asas penting kepada sesuatu kebahagian ialah kepercayaan dan saling menerima pasangan seadanya.

Saling mempercayai adalah perlu kerana tanpa kepercayaan itu sendiri,
perjalanan sesuatu hubungan gagal untuk dikemudi dengan baik.

Sebab itu, 
perkara penting mengekalkan kepercayaan ialah tidak menodainya.

Kepercayaan yang dinodai akan sukar untuk diperbetul tetapi boleh diterima dengan baik walaupun tidak seikhlas sebelum ini.


CARILAH KEBAIKAN ITU PADA DIRINYA...
BERSYUKURLAH DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH KERANA DIA MILIKMU...

2 comments: