Sunday, April 17, 2011

First impression' does conuts !

Assalamualaikun & Hi



Kita perlu gembira bertemu dengan orang supaya
 orang gembira apabila berjumpa kita.

Korang pernah dengar perkataan, cinta pandang pertama?
Mesti la pernah kan, tipu sangat la kalau cakap tak pernah.
Secara psikologi, cinta pandang pertama tercetus kerana si lelaki terperangkap
dengan 'sesuatu' yang ada pada si gadis.Tak mustahil jugak if si gadis sendiri yang terperangkap
dengan 'sesuatu' yang ada pada si lelaki. HEHEHE
'Sesuatu' tu perlu cukup istimewa untuk menyebabkan si lelaki atau si perempuan terperangkap.
Dalam erti kata lain, cinta pandang pertama tidak berlaku begitu sahaja.
Ia memerlukan sesuatu yang istimewa untuk tercetus.
Sebenarnye aku bukan nye pandai sangat bab-bab psikologi aku pun bukan belajar dalam bidang ni tapi
aku cakap daripada apa yang aku baca and dari pengalaman aku sendiri. =)
Zaman sekarang ni dah tak kisah dah dengan
 bidalan2 perigi cari timba ke apa ke.

Begitu juga dengan membina empayar persahabatan, impresi pertama adalah
unsur yang tidak boleh dipnggirkan. 'First impression' does conuts !'

Bagaimana membina impresi pertama yang positif?
It's easy measy actually, korang just kena sentiasa SENYUM je.
EH kalau fikir secara logik pun boleh yer.
Korang pernah tak jumpa girl yang jenis sekali pandang memang tak puas tengok
cantik tahap superb lah tak kisah la lelaki ke perempuan ke 
tapi bila korang senyum pun dia buat derk je?
Dalam hati rasa macam nak tocer je puas-puas, eh kau tu memang cantik 
tapi lagi manis kalau kau pandai balas senyuman orang ! 
Korang nak ke berkawan dengan orang yang sombong camtu? Okey stop.

Kuasa senyum tidak memerlukan kos tapi menghasilkan sesuatu yang tak ternilai.
Tiada individu yang kaya dapat hidup tanpanya dan ada yang miskin tetapi kaya dengannya.
Ianya mencipta kegembiraan didalam rumah, keuntungan didalam perniagaan dan mengukuhkan
persahabatan. Ia tidak boleh dijual beli, dirayu, dipinjam ataupun dicuri kerana ia
adalah sesuatu yang terlalu baik untuk diberikan kepada orang lain.

Bagi sesiapa yang tidak memerlukan senyuman, umpama
orang yang tidak mempunyai apa-apa untu diberi.

Pernahkan korang menghadapi masalah untuk senyum?
Ada empat cara yang praktikal bagi menghasilkan sebuah senyuman iaitu pertamanya, 
paksa diri korang untuk senyum. 

Nampak sangat macam terpaksa. Tapi takpe




Berlakon seperti kita seorang yang gembira dan ia mendorong kita menjadi gembira.

Semua orang mahukan kegembiraan dan hanya ada satu yang pasti bagi memperolehnya iaitu dengan mengawal perasaan kita. 
Kegembiraan tidak bergantung pada luaran, tapi dari dalam diri kita.

So, kita adalah sepertimana yang kita fikirkan.
Sekiranye kita berfikir mengenai kegembiraan, kita dapat memperoleh kegembiraan.

Cara kedua adalah dengan memanjangkan bibir kita. ^______^

Macam ni haa



Langkah ketiga angkat otot pipi kita.

Ha angkat lagi.  Angkat lagi !



Kita dapat lakukan dua langkah terakhir ini dengan sentiasa berlatih dihadapan cermin.HUHUHU
Lakukanya berulang kali, kita mampu menghasilkan senyuman yang manis dan memberikan
impresi pertama yang positif.

Langkah keempat adalah SENYUM


Tengok apa dah jadi, sweet je kn bila senyum.











No comments:

Post a Comment