Sunday, May 22, 2011

SIX Reasons Why Sweet To Be Single

Assalamualaikum


Hi all readers =)
Tidak berteman? Rasa sunyi? 
Usah harungi detik persendirian dengan perspektif pesimistik.
Berikut adalah antara alasan mengapa single ROCKS !!!



1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, korang boleh membuat apa sahaja yang korang suka, sama ada menonton wayang romantik seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi korang ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, korang juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik
Sememangnya tanpa kekasih di sisi, korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Korang boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa korang. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, korang boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin korang bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Korang boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, korang tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab
Korang tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan korang atau tidak. Korang juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap korang. Dengan menjadi single, korang hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan korang dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend korang.

Sepatutnye korang patut gembira sebab waktu ni korang boleh menjadi seperti burung yang bebas terbang sesuka hati yang korang mahu tanpa perlu risau dengan kehendak boyfriend korang yang kadangkala seakan-akan mengongkong pergerakan dan mengawal segalanye.


Tapi korang perlu ingat sejauh mana dan sebebas manapun korang terbang, korang tetap perlukan teman untuk menemani korang. Teman itu tak semestinye kekasih korang but  boleh jadi juga parents korang and yang paling penting PENCIPTA kita. ("_")











NOTE : Kredit to "Tentang Cinta"






No comments:

Post a Comment