Tuesday, August 16, 2011

Katilku sayang ( ^^,)

Assalamualaikum & Hi


Hari ini aku nak mengomel-ngomel tentang ketidakpuasan hati aku terhadap besok.
Kenapa ? Adakah kerana esok adalah hari Rabu ?
Yep memang besok hari Rabu, 17 August bersamaan 17 Ramadhan and for your information
esok cuti tau. Cuti sempena Nuzul Al-Quran . Okey bercakap tentang cuti sape tak suka kan ?
Walllaaaa ! Aku pun suka tapi yang menjadi masalahnya sekarang, even cuti sekalipun aku 
tetap perlu ke kelas seperti biasa cuma schedule yang berubah agak drastik.

Dari pukul 10:00 AM till 3:00 PM.
Hah biasa la tu korang cakap ? Hey gila kau satu class,satu subject belasah 5 hours sekaligus.
Ini semua gara-gara replacement class kerana menurut lecturer, cuti pada hari Rabu tu jatuh
pada hari yang memang ada class dia and kelas ganti untuk budak-budak yang akan cabut
balik kampung awal sempena cuti Hari Raya Aidilfitri nanti. OUH ! So sad, tak sempat nak cabut
balik dah kena ganti dah. HHHHahahhahha ! Em biasa 2 hours pun dah menggigil tangan aku
 nak menulis, ni kan pulak 5 hours. Class tu tak berkipas nok ! Ekon je yang ada. 
Haa ekon yang ada tu pulak memangdah tahap nak membekukan orang.





Dear : Madam NHS,

Boleh tak if saya taknak pegi class besok sebab berat hati ni nak tinggalkan katil sensorang.
(^_^)

Sunday, August 14, 2011

Serunding oh serunding

Assalamualaikum & Hi 


Hari tu aku ada la join member aku pegi Melaka, itu pun secara terpaksa.
Aku kena paksa itu pun bukan apa, sebab member aku minta aku teman dia drive dan 
gara-gara aku yang suka memerap diri di dalam bilik even weekend sekalipun.
Bajet best tahap keroma la duduk terperuk dalam bilik sensorang makan tidur, makan tidur
tapi badan tak pulak naik kan. Haishhh !Kenapa la tak naik, tu yang aku nak sebenarnye.

Memandang ktorang sampai dah lewat pegi Jonker Walk pun, habis semua kedai kat situ
dah tutup. Hanya ladies yang menunggu kedatangan ktorang.  Hahhahah ! Padahal dari 
KL-Melaka, 2 jam je kot.Tersalah percaturan tapi takpe sebab niat asal just nak jumpa 
kawan kepada kawan aku nih, Mira. Dah tu ktorang melencong pegi pantai jap, then kawan
si Mira ni ajak stay rumah dia kat Apartmen Bukit Beruang. Aku ni pun apa la ha dah
macam orang mengantuk disorongkan bantal, sebab aku pun memang dah mengantuk sangat.

Esoknye aku masuk dapur then aku selongkar apa je yang ada sebab perut ni minta diisi. 
Gila tak malu masuk dapur orang sesuka hati bajet selalu pegi situ la kan.
Then tahu tak apa yang aku jumpa ? Hah ! Aku jumpa serunding nok ! Nak dijadikan
cerita sebelum ni aku bukan la suka sangat dengan serunding ni, hari raya pun belum tentu
serunding tu dapat masuk dalam perut aku. Serius tak tipu !Lagipun biasanya if raya
mak aku akan masak rendang untuk makan dengan ketupatTapi takda la sampai
 tahap tak pandai nak makan kan. Em time tu pulak memang lapar sangat so aku bedal je 
apa yang ada depan mata. Sekali dah masuk dalam mulut, mak oii gila sedap ! 

Tiba-tiba je rasa macam kesian pulak kat diri sendiri sebab before ni tak pernah ambik kisah 
dengan serunding ni ha. Sembang punya sembang dia pun bawak la aku pegi Melaka Sentral,
Pasar Besar semata-mata nak beli serunding tuh bawa balik KL. Sekali aku ambik ha ambik 
kau serunding, habis 40 hengget duit aku sebab nak kan kau. RM40.00 = 0.5 kg. Mahal ke
murah pun tak tahu la sebab jujur aku cakap, aku memang tak pernah beli serunding. LOL

Tak cukup dengan tu sampai sanggup sanggup search internet sebab nak dapatkan resepi
nak buat serunding. Walaupun aku tahu yang resepi tu takkan berguna untuk aku buat masa
sekarang. Ouh  korang kesian sangat kan kat budak ni, serunding pun tak pernah masak.
Orang lain search internet semata-mata nak dapatkan resepi yang glamour bagai, tapi aku
 tak. Nak tengok resepi dia tak ? Resepi serunding ayam (^__^)

Bahan-bahan :
1 ekor ayam ( bhg dada )
10 biji bawang merah*
2 batang serai*
6 biji cili kering*
3 cm halia*
* diblender halus
2 cawan santan
sekeping asam gelugor
sehelai daun kunyit ( dihiris )
3 helai daun limau purut
Garam

Cara-cara:
1--> Ayam direbus dan dicarik dagingnya.
2--> Tumis bahan blend dalam sedikit minyak.
3--> Masukkan ayam dan air rebusan ayam. Biar kering sedikit.
4-->Masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
5--> Masukkan garam.Bila hampir kering taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
6--> Siap untuk dihidangkan.


Alahai kenapa perlu dicarik carikan dagingnya dong ? Bukankah susah dan sedikit remeh
untuk orang yang malas seperti gue. Okey ! Pape pun selamat mencuba ye. =)

Friday, August 12, 2011

MissLily Shop buat promotion ??

Assalamualaikum & Hi


Sebelum aku membebel  panjang-panjang kat sini aku ada something nak tanya korang semua.
Korang suka shopping tak ? 
For girls/ladies kat luar sana aku dah tahu dah jawapannye sebab aku pun girl jugak. 
Mostly orang perempuan ni memang tak lari la dari habit bershopping nih
cuma yang jadi masalah kadang-kadang tu adalah disebabkan FULUSS !
So for guys apa jawapannye ? suka tak ? suka tak ? 
(^.^)

For this entry aku nak share dengan korang tempat yang sesuai untuk
korang nak shopping. Alaa korang tak payah keluar rumah pun, tak payah nak buang masa
tersangkut dalam trafic jem segala. Korang boleh pilih apa yang korang sambil makan
mangga cicah kuah rojak.
(terliur jugak aku bulan-bulan puasa nih)


MissLily Shop

 Okeyh benda ni la sebenarnya yang aku nak share dengan korang, MissLily Shop.
If korang shopping kt Misslily Shop ni, insyallah korang akan dapat cad yang sebijik macam 
dalam  picture tu ha, so boleh la korang simpan kan. Bukan setakat simpan buat pekasam je, 
mana la tahu kan tetiba je korang dapat durian runtuh ke ha time tu  mesti
korang sangat memerlukan LINK yang ada dalam cad tu. Ahaks ! 


#Ini adalah collection dari fashionista dress album
#Pallozo ni gift untuk aku sebagai promoter tak bergaji.
(muka macam mintak penampar je)
#Ini pulak salah satu bag dari MissLily Bags album

Ha amacam hot tak semua MissLily Shop collections ? So tunggu apa lagi cepat-cepat
la singgah di MissLily Shop. Hah kalau dah singgah tu jangan lupa jenguk-jenguk
MissLily Bags album, kenapa ? Sebab semua bag kat sini murah-murah belaka,
tiada yang melebihi RM60 for each bag !

Yang paling penting sekarang ni MissLily Shop tengah buat promotion 
RM3 for POSTAGE FEE, sempena bulan RAMADHAN. Eh tunggu apa lagi tuh ? 
Jom cepat-cepat shopping di MissLily Shop sebelum terlambat.

Tuesday, August 9, 2011

Sing the song !

Assalamualaikum & Hi


Hari ni adalah ramadhan kesembilan so bermakna dah sembilan hari kita, umat Islam 
menjalani ibadah puasa. Actually takde apa pun yang yang aku nak sampai berkenaan
ramadhan ni memandangkan baru seminggu kita berada dalam bulan yang penuh 
dengan rahmatNYA. But tu bagi aku je, tak tahu la if korang yang kat luar sana tuh
especially yang tinggal dengan family sendiri ofcoz la best kan.
Dapat berbuka dengan family bagai.

Okeyh !Stop cakap pasal tu sebelum aku melalak dan menangis macam 
tengok cerita Nur Kasih the movie.
*sobs ! sobs ! sobs !
Sekarang aku dah tak boleh nak melalut bukan-bukan macam selalu
because banyak homework yang aku kena buat .
(lecturer ni  kasi keja banyak-banyak macam tahu-tahu je kan dengan habit aku)
Ni pun aku update dalam keadaan yang sangat gelojoh dan taip dengan sepantas yang mungkin.

Pointnye sekarang entry kali ni aku nak letak lagu favourite aku.
Ini adalah gara-gara selalu tengok movie KOREA yang semestinya
mempunyai pelakon-pelakon dan jalan cerita yang cute belaka.
*ayat skema gila kan, macam dalam kelas Bahasa Melayu tahun 3


#Lovely day


#Promise



Kedua-dua lagu yang aku share dekat sini adalah antara theme song untuk drama
You're Beautiful / He's Beautiful.



Saturday, August 6, 2011

Fashion bertudung

Assalamualaikum & Hi


Semalam aku baru je update pasal IFTAR, biase la semangat
baru bila dah sambut ramadhan.
Opss !jangan salah faham okey i mean bila dah sambut ramadhan kita tak
lari lagi daripada iftar bukan hangat-hangat tahi ayam je. LOL

Okey entry kali ni aku nak cakap pasal fashion bertudung.
Pehh if sebut je pasal tudung mesti korang dah dapat imagine kan
apa yang aku nak cakapkan.
Yela aku bukan apa tetiba je berkobar-kobar semangat ni ha bila nak cakap
tentang fashion bertudung. 
Mana tak nye dulu if cakap je pasal tudung mesti semua orang fikir
"Alaa leceh la bertudung tak boleh nak berfashion, tak boleh nak voc-voc bagai ",
but tu dulu je time TUDUNG BAWAL tengah panas.
Waktu tu kira wajib la semua orang mesti ada at least 1-2 helai tudung bawal.

Sekarang bila YUNA ZARAI dah meletop and bawak fashion bertudung 
yang segala bagai jenis, masing-masing nak gayakan tudung ala-ala Yuna.
Sehinggakan yang free hair pun dah nak bertudung.
*macam kena batang hidung sendiri je.
Tapi aku tabik sangat dengan Yuna gara-gara bakat dan fashion yang dibawanya.
Okey sebelum aku lupa ada satu lagi NAMA BESAR mesti aku sebut, HANA TAJIMA.
For those yang selalu tengok tutorial  shawl kat youtube tuh,
memang kenal la sape Hana Tajima, right?


#Yuna Zarai, singer & model

#Hana Tajima, fashion designer

#Ayun Ayunar, bloggers

So korang nampak tak apa yang aku cuba sampaikan ?hehehe
Bertudung tak bermakna tak boleh berfashion and siape
cakap bertudung tu hanya untuk budak kampung ?
Hey come on la uolls, stop thinking yang bertudung ni lapuk and merimaskan.
Yess! u are beautiful dengan free hair but U ARE MORE GORGEOUS bila berhijab.





Friday, August 5, 2011

Salam 5 Ramadhan (=

Assalamualaikum & Hi


Wah lama jugak encik blogie aku ni tak ber'UPDATE'
rasa macam dah beranak pinak dah kan ?
*macam over semacam je minah ni.
OK sebenarnye apa yang aku nak sampaikan, 
yang aku ni memang dah lama tak update blog ni. Bukan setakat tak update but
memang tak sempat jenguk langsung !
(bajet sibuk macam artis je, HUH)

Back kepada topic asal SALAM 5 RAMADHAN,
 eh korang tak rasa cepat ke tuptap tuptap dah masuk ramadhan yang ke-5.
Kang pejam celik pejam celik lak, eh dah 29 ramadhan la esok nak raya dah rupanye.
Bila dah ramadhan ni memang tak lari lagi dari iftar, 
datang je ramadhan datang lah iftar tuh.
Dah macam isi dan kuku =)

Sebut tentang iftar ni korang tahu tak apa maksudnye ?
Iftar bermaksud makanan yang dimakan sebelum kita makan makanan berat. 
Biasanye makanan ini dimakan untuk mengalas perut saje kemudian bersolat
MAGHRIB berjemaah kemudian baru sambung makan.
Bukankah kita disunatkan untuk segera berbuka, right ?
(maaf if ada tersalah dlm t'jemahan mksd iftar ni?

First ramadhan hari tu di surau K.A.M.I. aku dapat merasai nikmat iftar.
(Surau Raudhatul Hikmah, UniKL BMI)
Selepas masuk je waktu berbuka ktorang just berbuka dengan buah KURMA,
then solat MAGHRIB berjemaah kemudian baru ktorang jamah nasi.
Yang bestnye ktorg makan ramai-ramai dalam talam, around 4-5 person for each tray.
Cuba korang bayangkanlah makan ramai-ramai dalam satu talam 
*tanpa sebijik pun pinggan okey !
memang berebut-rebut jadinye but alhamdulillah makan sikit pun dah kenyang.
Tu la namanye berkat dan nikmat-NYA.
Ada seorang sahabat aku cakap berkat ada ditengah.
Kebiasaannye apabila iftar orang menjamah dibahagian tepi dahulu,
tanpa disedari secara tidak sedar keberkatan diperolehi.


#google picture

#google picture
#google picture







note : kenapa semua google picture je yang aku letak ?maaf actually time iftar haritu
         sekeping gambar pun takde yang aku ambik.