Sunday, August 14, 2011

Serunding oh serunding

Assalamualaikum & Hi 


Hari tu aku ada la join member aku pegi Melaka, itu pun secara terpaksa.
Aku kena paksa itu pun bukan apa, sebab member aku minta aku teman dia drive dan 
gara-gara aku yang suka memerap diri di dalam bilik even weekend sekalipun.
Bajet best tahap keroma la duduk terperuk dalam bilik sensorang makan tidur, makan tidur
tapi badan tak pulak naik kan. Haishhh !Kenapa la tak naik, tu yang aku nak sebenarnye.

Memandang ktorang sampai dah lewat pegi Jonker Walk pun, habis semua kedai kat situ
dah tutup. Hanya ladies yang menunggu kedatangan ktorang.  Hahhahah ! Padahal dari 
KL-Melaka, 2 jam je kot.Tersalah percaturan tapi takpe sebab niat asal just nak jumpa 
kawan kepada kawan aku nih, Mira. Dah tu ktorang melencong pegi pantai jap, then kawan
si Mira ni ajak stay rumah dia kat Apartmen Bukit Beruang. Aku ni pun apa la ha dah
macam orang mengantuk disorongkan bantal, sebab aku pun memang dah mengantuk sangat.

Esoknye aku masuk dapur then aku selongkar apa je yang ada sebab perut ni minta diisi. 
Gila tak malu masuk dapur orang sesuka hati bajet selalu pegi situ la kan.
Then tahu tak apa yang aku jumpa ? Hah ! Aku jumpa serunding nok ! Nak dijadikan
cerita sebelum ni aku bukan la suka sangat dengan serunding ni, hari raya pun belum tentu
serunding tu dapat masuk dalam perut aku. Serius tak tipu !Lagipun biasanya if raya
mak aku akan masak rendang untuk makan dengan ketupatTapi takda la sampai
 tahap tak pandai nak makan kan. Em time tu pulak memang lapar sangat so aku bedal je 
apa yang ada depan mata. Sekali dah masuk dalam mulut, mak oii gila sedap ! 

Tiba-tiba je rasa macam kesian pulak kat diri sendiri sebab before ni tak pernah ambik kisah 
dengan serunding ni ha. Sembang punya sembang dia pun bawak la aku pegi Melaka Sentral,
Pasar Besar semata-mata nak beli serunding tuh bawa balik KL. Sekali aku ambik ha ambik 
kau serunding, habis 40 hengget duit aku sebab nak kan kau. RM40.00 = 0.5 kg. Mahal ke
murah pun tak tahu la sebab jujur aku cakap, aku memang tak pernah beli serunding. LOL

Tak cukup dengan tu sampai sanggup sanggup search internet sebab nak dapatkan resepi
nak buat serunding. Walaupun aku tahu yang resepi tu takkan berguna untuk aku buat masa
sekarang. Ouh  korang kesian sangat kan kat budak ni, serunding pun tak pernah masak.
Orang lain search internet semata-mata nak dapatkan resepi yang glamour bagai, tapi aku
 tak. Nak tengok resepi dia tak ? Resepi serunding ayam (^__^)

Bahan-bahan :
1 ekor ayam ( bhg dada )
10 biji bawang merah*
2 batang serai*
6 biji cili kering*
3 cm halia*
* diblender halus
2 cawan santan
sekeping asam gelugor
sehelai daun kunyit ( dihiris )
3 helai daun limau purut
Garam

Cara-cara:
1--> Ayam direbus dan dicarik dagingnya.
2--> Tumis bahan blend dalam sedikit minyak.
3--> Masukkan ayam dan air rebusan ayam. Biar kering sedikit.
4-->Masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
5--> Masukkan garam.Bila hampir kering taburkan hirisan daun kunyit dan kacau rata.
6--> Siap untuk dihidangkan.


Alahai kenapa perlu dicarik carikan dagingnya dong ? Bukankah susah dan sedikit remeh
untuk orang yang malas seperti gue. Okey ! Pape pun selamat mencuba ye. =)

No comments:

Post a Comment