Tuesday, September 27, 2011

Dulu and sekarang

Assalamualaikum & Hi



Ni gambar aku time kecik dulu, comel tak ?


Gambar kat atas tu takde kena mengena lansung dengan entry aku kali ni and aku tipu 
je. Tu bukan gambar aku pun, untung la kan kalau aku secomel tu. Eh korang ! Korang
 ingat tak masa sekolah rendah dulu, macam ragam kita kan. Kelakar je. Apa tak ingat ? 
Takpe2 aku ada untuk membantu supaya ingatan korang semakin pulih. Okey cer belek-
belek tengok betul ke tak. HHEHEHE


* Dekat sekolah ade salesman jual buku cerita, ala buku sang kancil bagai tu. Okey
hari ni bagi list then esok terus minta duit kat parents sebab nak beli even cerita buku
tu dah tahu. Salesman 'susu' pun camtu jugak.
* Dekat library, budak-budak memang baca buku but just tengok gambar je. Hah
bila ada program Nilam semua sibuk nak pinjam buku kat library tuh
* Rancangan makanan tambahan (RMT) kat sekolah makanan tak best, tapi yang
berduit pun join RMT. 
* Guna pencil box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat 
tengah-tengah2 dia. Sangat comel okey
* Main lawan-lawan pemadam sayang nak guna untuk padam, padahal itu la 
fungsi sebenar, untuk padam !
* Guna pembaris yang bergerigi, kat dalam tu ada air then ada benda yang bling-
bling kat dalam tu. Baru la meriah sikit an
* Cikgu guna pembaris kuning panjang yang ada pemegang kat tengah-tengah tu
tapi tak pernah nampak cikgu pegang kat situ pun. Oh ye time tu still guna papan 
hitam lagi ye bukan whiteboard so tulis pakai kapur.
* Bulu ayam ramping kerana sering dijadikan sebagai rotan !
* Time pendidikan seni, semua boleh lukis tapi bila time colour hampeh. Comot
habis baju yang putih tu, ada yang buat anyaman pakai kertas warna, kolaj segala.
* Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar colour ikut suhu.
* Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak.
* Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak tapi semata-
mata nak mainan, coklat yang kat dalam tu tak makan pun.
* Kasut berlampu dekat tapak ala yang iklan dia kat TV boleh tembak alien tu.
* Permainan pulak macam ikut musim je. Kejap-kejap main layang-layang, tuju 
selipar, main galah panjang, main guli. aahhh banyak la.
* Siri kartun - Dragon Ball, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, 
maskman, Gaban and macam lah.



Okey dah habis, menggeletar tangan nak habiskan yang ni pun. LOL Pape pun
korang jangan lupa semua benda ni sebab budak-budak zaman sekarang tak 
sempat pun nak layan benda-benda ni. Semua asyik ngadap TV and main PS.
Entah-entah bila ajak main tarik upih pun tak tahu. Kita akan berubah, cuma asal 
usul kita yang permanent.


Monday, September 26, 2011

Facebook Timeline Great !

Assalamualaikum & Hi



Meh sini semua, sekarang ni mood aku tengah baik lagi rajin nak update untuk entry baru 
dan sebenarnya (sambil menyanyi ala-ala yuna). Okey sambung, dan aku nak share dengan
 korang semua something yang SEMPOI. Aku ulang sekali lagi ye, SEMPOI. Benda ni
takde kena mengena dengan blog pun tapi tak kira aku nak tunjuk jugak ! Sebab aku tahu 
korang semua mesti ada FACEBOOK kan, kan? Tak nak panjang cite jom kita active
 facebook timeline !! Make sure korang dah update number phone korang dekat 
profile info tuh yer. Nah ni step-stepnya =)


Firstly click sini yer  (^_^)
Klik je kat "Create New App"


Then akan terkeluar la bendalah ni sebab tangan korang yang takde insuran tu
Tapi takpe korang relax je isi semua tu and tick dlm kotak tu then "Continue"


Third step
Okey ni benda biasa korang just isi then klik "Submit"


Next akan ke screen baru
Korang akan jumpa bendalah ni kt bahagian atas kiri sekali, click "Open Graph"


Dah tu korang akan dapat yg macam ni
Isi lagi then click "Get Started"

Nah kau, kuar lagi screen baru. Wah macam belajar kat sekolah dulu kn tapi
takpe scroll je sampai jumpa nih !
Click "Save Changes and Next"



Korang just click "Save Changes and Next" utk ketiga2 langkah macam ni.

Okeh nak habis dah, jangan mengeluh ye
Dah keluar screen ni, tunggu kejap benti rehat 2,3 minit THEN cer homepage korang

Lastly korang akn jumpa benda ni kat homepage korang pastu clicl "Get It Now"


Nah ni lah hasilnye !!



Okey dah siap ? So done ! Eh cupcup one more thing for your information right now,
only you can see what's here. Take a tour and star, hide or add whatever korang nak.
Then korang boleh clik "Publish Now" atau tunggu hingga korang punya timeline goes
live on Monday ( 3 October 2001).

Sunday, September 25, 2011

Contest with Maria Wakeashima !!

Assalamualaikum & Hi everyone



Entry lepas aku ada join satu contest and for entry kali ni pun aku nak join contest jugak.
Tak kisah la menang ke tak tu belakang kira yang penting sekarang aku enjoy and dapat
tambah kawan selain dapat menghilangkan rasa bosan yang teramat sangat. LOL ayat nak
 poyo jer kan. Contest kali ni by Maria Wakeashima . Nah tengok banner yang sangat cute !



See2, betul tak apa aku cakap. Cute kan? Cantik kan. HEHEH. Okey fullstop !
Tapi kan Maria Wakeashima kite takda la gambar-gambar yang cantik sangat, hope
boleh yer. Cantik sikit pun takpe kan? Hehehehe. Okeh ni gambarnye yer (^.^)




Maaf if my picture terlalu besar gedabak. Tiba-tiba je lepas dah tengok list hadiah for this
 contest best terus excited and berharap dapat jadi pemenang. Insyallah kalau ada rezeki. Amin


Saturday, September 24, 2011

Contest :: Mommuy engkaulah ratu hatiku

Assalamualaikum & Hi



Aku nak joint satu contest ni. Contest give away by Mommuy Secret. Contest ni memerlukan
aku buat satu entry berkenaan, ahhh tengok tajuk la der. Tapi aku tak berapa pasti untuk sapa
perlu ditujukan because word 'mommuy' dalam title tu sama dengan nama owner give away 
contest ni so aku tujukan untuk semua ibu-ibu, especially MAK aku. Okeyh taknak membebel
panjang-panjang macam mak nenek walaupun mak and nenek aku bukan jenis yang kuat 
beletiaq HEHE, just straight to the point la yeah .

Mak engkaulah ratu hatiku ! Kenapa? Jangan tanya kenapa, tak cukup tangan kalau
aku nak taip and nak listkan semua sebabnye memandang banyak pengorbanan yang
dah beliau lakukan demi kami adik beradik. 9 bulan mak kendong aku ke sana ke sini
44 hari mak berpantang sebab lahirkan aku, bila dahaga mak susukan aku. Nyamuk,
hah! jangan berani la nak dekat dengan aku kang tak pasal-pasal mati kau kang. Sampai
 aku dah besaq panjang pun mak still jaga aku, take care pasal aku, adik 
dan abang-abang.

Yang paling aku kagum sekali semasa hari terakhir ayah bersama kami, mak langsung 
tidak menitiskan walaupun setitis air matanya didepan kami sekeluarga dan saudara-mara
 yang datang menziarah ayah buat kali terakhir. Aku tahu mak tidak menitiskan air matanya 
bukan kerana tidak menyayangi ayah tapi kerana mak mahu ayah pergi dengan aman selain
 tidak mahu menguruhkan lagi suasana yang sangat redup ketika itu. Tak tahu word apa yang
 paling sesuai untuk gambarkan suasana pada tu. 

" Mak, kak akan belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik bukan untuk
 masa depan kak macam yang mak selalu pesan tuh tapi untuk mak jugak. Insyallah "

* Aku bahasakan diri aku kakak bukan sebab aku anak sulung tapi sebab aku anak 
perempuan tunggal *


KLIK SINI UNTUK JOINT


Yeah ! Jum kita tag ramai-ramai =D







| p/s : mommuy my hometown is JITRA

Aku nak follower !

Assalamualaikum & Hi



Tak tahu kenapa dan mood apa yang melanda diri ini, tiba-tiba je hari ni asyik nak 
ber'blogwalking' and asyik follow je blog mana aku jenguk tuh. Tapi tiap kali aku masuk
and skodeng je masing-masing punya follower yang ramai. Aku? Jauh sekali la kan, tiba-
tiba je rasa macam tak layak je nak jadi blogger yang " HOT lagi COMEL".
*okeyh kau memang perasan JULIA ! Jauh panggang dari api.

Tapi kenapa? Kenapa gue enggak punya rakan blogger yang ramai? Kenapa aku tadak
 pengikut yang ramai? Uuwwwaaaaaa! Tapi penting ke seseorang blogger tu mempunyai
follower yang ramai and macam mane pulak if seseorang tu ramai follower tapi just 
follow semata-mata tanpa bertegur sape or something else.


Tak kiqa apa pun aku nak follower ! *meraung dan hampir-hampir gila  

Thursday, September 22, 2011

Wanita kompleks or teliti ?

Assalamualaikum & Hi


Woww ! Tengok title macam meletup habis la kan padahal aku sendiri pun tak tahu apa
maksud yang lebih tepat for 'komplek'. Bajet aku ni rajin sangat ke nak buka kamus 
dewan then cari apa tu maksud yang tepat untuk word 'kompleks' semata-mata sebab
nak kasi orang lain cakap, aku budak bijak. Hahaha. Okey sebelum korang baca entry
ni, cer korang belek-belek and jawab soalan ni.


Lelaki
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Then ambik pinggan
4. Letak nasi menggunung
5. Letak lauk
6. Ke kaunter, bayar nasi and air sekali
7. Makan, agak sedikit pelahap
8. Habis
9. Balik office or pegi surau

Perempuan
1.  Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
4. Tengok baju org lain, especially yang cantik dr baju sendiri
5. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
6. Ramai orang, cari kedai lain.
7. Jalan lagi dah puas hati, masuk
8. Survey lauk dulu 2, 3 minit
9. Cari2 pinggan, ambik pinggan
10. Belek-belek pinggan, bersih ke tak bersih?..eeeiiiii
11. Dah puas hati, ambik nasi
12. Ambik nasi sikit-sikit
13. Buang balik nasi, banyak pulak
14. Cari lauk. Survey dulu keliling meja. Jenguk sana, jenguk sini
15. Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit
16. Ambik lauk
17. Pusing lagi
18. Cari sayur lak
19. Ambik sayur selepas survey 2,3 minit
20. Ke kaunter bayaran
21. Tengok2 nasi dalam pinggan
22. Berbisik dengan kawan "alamak banyak la aku ambik"
23. Dah bayar. Tutup dompet, ambik nasi
24. Tinjau-tinjau tempat duduk.
25. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah !!
26. Cari tempat duduk lain, ok then duduk
27. Start makan, tengok-tengok orang sambil makan
28. Makan separuh kenyang sebab..dah minum air banyak
29. Letak sudu, letak garfu pinggan tolak tepi
30. Borak-borak kata makanan tak sedap
31. Mengumpat pasal korang
32. Pukul 2, naik office
33. Ambik beg makeup, pegi surau !!


Hahahha. So, apa pendapat korang adakah seseorang perempuan itu kompleks
 dari lelaki? or perempuan ni jenis yang teliti orangnye? Erm fikir-fikirkan lah yer (:
Ha mesti la teliti kan, kan, kan. LOL sendiri tanya sendiri jawab

Monday, September 19, 2011

Without words

Assalamualaikum & Hi everyone




Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namu-Mu, Ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempat ku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa


Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz !!

Saturday, September 17, 2011

Just for you

Assalamualaikum & Hi 



"Every fucking time my phone buzzes, I hope it's you. I hope your missing me as much
as I'm missing you". Untuk sape semua ni, untuk aku ke. Ahh tak kisah la sape pun but
kalau kau tujukan untuk aku, okeh aku terima. But if true you miss me, why not kau je 
yang contact aku. Before this boleh je kau call aku, text aku bagai but kenapa sekarang kau 
cakap macam tu? What happened with our relationship? Mana kau yang aku kenal dulu ? 
If you say you have your own reasons why you did not call me, yess me too !

You remember or not about the promises you, that you want to come here and you will
call me. Do you really do like what you say ? If once or twice kau buat macam tu
takpe lagi aku faham maybe kau pun ada hal sendiri but kalau dah sampai sebulan 
hampir two or three times kau datang sini dengan tak pernah ada masa untuk aku, 
apa hal macek? One more thing haritu aku cuti balik rumah and hope dapat keluar
dengan kau macam selalu tapi memang tak la kan batang hidung kau pun aku tak nampak. 
Boleh pulak kau cakap "sorry tak sempat nak pegi rumah", tu je yang aku dapat for 
a whole week padahal ke sana ke sini kau pegi yer dak?

 Even kau tak kasi tahu aku pun aku tetap akan dapat tahu dari semua 'status' kau and 
waktu tu, terasa jugak la sebab kita memang rapat. Before ni aku diam je sebab bagi aku
 ni just small matter macam budak hingusan pulak sampaikan benda macam tuh pun nak
 gaduh and now aku dah tak boleh duduk diam lagi sebab kau dah macam nak salahkan 
aku dengan apa yang dah jadi sekarang. Waktu susah kau cari aku, waktu senang kau
 lupakan aku and pergi with your friends who very great and perfect in the eyes of you. 
Yes ! aku budak miskin yang tak punya apa-apa but aku  masih ada hati dan perasaan
yang lebih berharga yang perlu dijaga.


Menjawab soalan cepumas

Assalamualaikum & Hi everyone


Actually dah lama aku di tag oleh roommate tersayang,  Cik Fanthagiro tapi
memandangkan aku tengah test so aku tangguhkan dulu untuk menjawab soalan-
soalan cepumas tu. Sebenarnya berat jugak hati ni nak jawab soalan-soalan tu. Ala bukan
 apa pun tapi sebabnye nanti ramai pulak yang jeles tengok jawapan aku tuh. Hahaha !
Okeh berbalik kepada topik asal, bayangkan semua soalan ni ditanya oleh pasangan kita.
To akak fanthagiro, jangan bising-bising yer lepas baca entry Julia ni. Hahahhahax ! Malas
nak cakap panjang-panjang jum kita sama-sama jawab semua soalan nih yer, (^.^)

3 perkara awak tak lupa pasal saya (pasal bf) ;
| sorang yang caring
| tak boleh tengok saya duduk senang (suka mengusik)
| kuat merajuk. hahaha

Nama yang awak gelar untuk saya ;
| B ! 
| budak gemuk, hehehe

Nama saya dalam handphone awak ;
| superb dear (:

2 words yang awak kerap cakap pada saya ;
| i love u and
| i miss u

Tentang saya ;
| kadang-kadang awak boleh jadi seorang yg sangat pendiam and 
kadang-kadang seorang yg banyak cakap
| semestinya kuat makan, hehehe
| kuat merajuk mengalahkan saya

Saya pada awak (bf pada kita) ;
| tempat nak berkongsi cerita, ngeee
| orang yang paling saya sayang selain my family
| ofcoz la bakal husband, insyallah if itu jodohNya

Kalau tengok saya apa awak fikir ;
| kenapa la awak tinggi sangat, sakit tengkok saya sebab nak pandang
muka awak

3 perkara yang awak nak bgtahu saya ;
(perkara yang kita nak bg tahu si dia)
| i love u
| second, em malu la nak cakap
| 3rd, pun malu nak cite. hehehe



Okeh full stop !tu je soalan-soalannye. Ades tetiba je rasa malu (*__*), macam
mana la kalau dia tu (hehehe) tanya and nak kena jawab betul-betul depan dia.
speechless !!


Thursday, September 15, 2011

Kotak bulat ajak tukar link :D

Assalamualaikum & Hi




For this entry, aku nak join segmen. Ini la kali pertama aku nak join segmen segala.
Macam kesian la pulak. hahaha ! Tapi takpe aku tetap nak join jugal . LOL






Tahu kenapa aku nak join ?
Ofcos la sebab nak dapatkan ramai kawan and dapat baca
story  yang best-best dari blogger yang lain.





Tuesday, September 13, 2011

Mood exam

Assalamualaikum


Hi everyone. Em camne raya korang, best tak ? Of course la bestkan :D
* sendiri tanya, sendiri jawab . LOL
Tapi bagi aku pulak, raya tahun ni kurengg lor. Bukan tak meriah, ouh kalau raya mana
boleh tak meriahnya kan. Mana taknye time time raya ini la nak jumpa sedara-mara yang jauh.
Kalau tak jangan harap la, batang hidung pun tak nampak. Yang dekat pulak masing-masing
busy dengan kerja yang tak pernah habis. Okey stop ! Kenapa bagi aku tak best ye ?
Hah memang tak best la, cuti untuk raya seminggu je kot. Raya ke-5 aku dah kena balik
kampus then terus fikir pasal test. Nak tengok schedule aku ?




Nah ambik kau ! Kurang satu subjek je  yang tak masuk test kalau tak memang semua 
la subjek yang aku ambik untuk sem ni masuk test la kan. HUHU ! Pape pun petang ni 
dah masuk third paper and sekarang tengah bertungkus-lumus menghafal semua formula
for electric circuit tapi tetap berdegil nak update blog. hahhaha. So schedule pun dah bagi 
tunggu apa lagi, wish me luck yeah !




Monday, September 12, 2011

For my feature husband :D

Assalamualaikum & Hi




I get inspired by my friend although I don't even read what she wrote for her future hunsband.
But I think every ladies out there that are not married yet should write a letter for their future
husband, LIKE ME~ ~. This letter will be show to my future husband a day before we will get
married and start our new life! together gether (^.^)

Yeah i'm a girl that will end my single life with you, sayang. Insyallah. Will be a wife that love 
to cook. Will be a a mom that like to change baby pampers also make our baby just like 'me',
ahaks33 and will be a very rock and sporting grandmother !Yeah, so this letter special to
my future husband, MR ZULHELMY AHMAD.

To bakal suami yang aku cintai dan sayangi sepenuh hati, I will call you SAYANG when
we are married! SAYANG is much more romantic walaupun awak rasa panggilan  macam tu 
hanya untuk perempuan and buat bulu hidung awak meremang!HAHA, yes I do !

So lets start it with the basic one. HOME. Tolong lepas balik keje tu, sila letak kasut tu
dalam rak kasut kasi kemas-kemas ye. Saya tak sukalah kasut sepah kat depan pintu rumah.
Not nice. Saya tak nak malam-malam kang saya kena bangun untuk kemas kasut busuk awak
tu walaupun awak dah spray dengan perfume awak tu. Better do it or later you have to 
suffering from my sulking all day! hahahha

Awak jangan lupa pakai cincin kawin kita sepanjang masa, macam awak pakai cincin
couple kita sekarang. Saya nak buktikan to every girls kat luar sana yang awak dah kawin 
dengan bini COMEL macam saya okey ! Saya tak nak diorang semua dekat dengan awak. 
Awak tu dah la muka macam artis. Macho pulak tu cm QUE HAIDAR. Please behave yer !
Jangan ingat aku tu masih bujang and  for girls kat luar tu jangan berani-berani korang kacau
laki aku. And one more thing ! Jangan berani buat muka gedik minta nak snap gambar dia.
HE'S MINE. FULL STOP OKEH !

Awak jangan ingat awak boleh keluar malam selalu sangat. Malam-malam haruslah masa kita
bersama. Saya tak nak masa kita berdua pun takde. Yelaa, masing-masing kerja dari pagi ke 
petang. Malam jela kita boleh bermesra macam suami isteri. Ekekeke. Kalau awak nak keluar
malam sangat. Awak kena balik sebelum pukul 11PM yer. Saya curfew. Suka hati saya lah. 
Awak milik saya!weekkk.

Hujung minggu jangan ingat nak keluar minum teh tarik dengan kawan awak plak. Awak
kena tolong saya kemas rumah kita tu yang dah macam tongkang pecah. Of course kerja cuci
tandas itu semua kerja awak. Saya nak kemas ruang tamu dengan bilik tidur kita. Awak cuci
semua tandas dalma rumah kita tu ye. Awak kena tolong betulkan semua kerosakkan barang
letrik dalam rumah tu, awak kan my heroes saya. Suppose awak lebih tahu baiki barang ini 
semua and awak kena bawak saya and anak-anak keluar tengok movie just like before kita
married. hahaha

Kalau kita gaduh, awak kena tidur atas lantai. Saya tak sekejam nak dera suami saya tidur
kat lantai yang sejuk tu. Of course saya akan bagi awak tilam, selimut dengan ensem saya 
yang sudah bertukar hak milik. Saya tak nak wak tidur kat ruang tamu sambil tengok bola. So
tidur kat lantai bilik ni bila saya tengah marah dengan awak. Ala nanti saya dah tertidur 
pandai-pandailah awak naik balik atas katil. Macam tu pun nak kena saya ajar ke? hehe.

Kita kena sama-sama pergi shopping barang dapur tau. Tak kan saya je yang kena susah
 payah pergi sepermarket and angkat barang segala tu masuk keta lak kan. Kita kena bayar
 50-50, sama rata untuk semua barang yang kita beli tu tau. Saya tak suka awak bayar semua. 
Saya pun nak rasa tanggungjawab sebagai isteri tercinta awak. Hah jangan pilih barang yang
 mahal sangat. Ambik yang murah je okey. Kalau barang buy 1 free 1 is better.
 Ada free gift ! hahaha.

Saya harap lepas ni awak ada ingatan yang sangat kuat, sebab saya nak awak ingat semua
date penting kita. Dari birthday date saya sampai birthday nenek moyang saya, walaupun
saya sendiri tak tahu. Biar saya bangga dengan awak. Include our anniversary date but saya
takde la kejam sangat if awak tak ingat pun takpe, sebab bagi saya hari-hari adalah hari
penting untuk kita berdua. Tak payah nak tunggu anniversary date baru boleh celebrate, 
nope ! Kalau nak celebrate, I prefer romantic candle light dinner kt uma. Nanti senang nak
masuk bilik, hihikhik. Errr kalau awak masak pun saya suka !

Tapi awak kena ingat ini sampai bila-bila, perasaan cinta saya pada awak tak akan pudar
walau sedikit sekalipun. Kalau tak kenapa 10 kali laki persis BECKHAM yang datang 
purpose kat saya, saya tolak. Tu la bukti saya sayangkan awak sangat-sangat. I <3 YOU






Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya !

Dari binimu yang AMAT COMEL lagi BAIK HATI
Ditulis dalam keadaan insomnia
dan tangan yang melecur
sincerely:: mrs baby u :D