Saturday, September 24, 2011

Contest :: Mommuy engkaulah ratu hatiku

Assalamualaikum & Hi



Aku nak joint satu contest ni. Contest give away by Mommuy Secret. Contest ni memerlukan
aku buat satu entry berkenaan, ahhh tengok tajuk la der. Tapi aku tak berapa pasti untuk sapa
perlu ditujukan because word 'mommuy' dalam title tu sama dengan nama owner give away 
contest ni so aku tujukan untuk semua ibu-ibu, especially MAK aku. Okeyh taknak membebel
panjang-panjang macam mak nenek walaupun mak and nenek aku bukan jenis yang kuat 
beletiaq HEHE, just straight to the point la yeah .

Mak engkaulah ratu hatiku ! Kenapa? Jangan tanya kenapa, tak cukup tangan kalau
aku nak taip and nak listkan semua sebabnye memandang banyak pengorbanan yang
dah beliau lakukan demi kami adik beradik. 9 bulan mak kendong aku ke sana ke sini
44 hari mak berpantang sebab lahirkan aku, bila dahaga mak susukan aku. Nyamuk,
hah! jangan berani la nak dekat dengan aku kang tak pasal-pasal mati kau kang. Sampai
 aku dah besaq panjang pun mak still jaga aku, take care pasal aku, adik 
dan abang-abang.

Yang paling aku kagum sekali semasa hari terakhir ayah bersama kami, mak langsung 
tidak menitiskan walaupun setitis air matanya didepan kami sekeluarga dan saudara-mara
 yang datang menziarah ayah buat kali terakhir. Aku tahu mak tidak menitiskan air matanya 
bukan kerana tidak menyayangi ayah tapi kerana mak mahu ayah pergi dengan aman selain
 tidak mahu menguruhkan lagi suasana yang sangat redup ketika itu. Tak tahu word apa yang
 paling sesuai untuk gambarkan suasana pada tu. 

" Mak, kak akan belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik bukan untuk
 masa depan kak macam yang mak selalu pesan tuh tapi untuk mak jugak. Insyallah "

* Aku bahasakan diri aku kakak bukan sebab aku anak sulung tapi sebab aku anak 
perempuan tunggal *


KLIK SINI UNTUK JOINT


Yeah ! Jum kita tag ramai-ramai =D







| p/s : mommuy my hometown is JITRA

2 comments: