Tuesday, September 27, 2011

Dulu and sekarang

Assalamualaikum & Hi



Ni gambar aku time kecik dulu, comel tak ?


Gambar kat atas tu takde kena mengena lansung dengan entry aku kali ni and aku tipu 
je. Tu bukan gambar aku pun, untung la kan kalau aku secomel tu. Eh korang ! Korang
 ingat tak masa sekolah rendah dulu, macam ragam kita kan. Kelakar je. Apa tak ingat ? 
Takpe2 aku ada untuk membantu supaya ingatan korang semakin pulih. Okey cer belek-
belek tengok betul ke tak. HHEHEHE


* Dekat sekolah ade salesman jual buku cerita, ala buku sang kancil bagai tu. Okey
hari ni bagi list then esok terus minta duit kat parents sebab nak beli even cerita buku
tu dah tahu. Salesman 'susu' pun camtu jugak.
* Dekat library, budak-budak memang baca buku but just tengok gambar je. Hah
bila ada program Nilam semua sibuk nak pinjam buku kat library tuh
* Rancangan makanan tambahan (RMT) kat sekolah makanan tak best, tapi yang
berduit pun join RMT. 
* Guna pencil box yang boleh bukak depan belakang, pastu ada sharpener kat 
tengah-tengah2 dia. Sangat comel okey
* Main lawan-lawan pemadam sayang nak guna untuk padam, padahal itu la 
fungsi sebenar, untuk padam !
* Guna pembaris yang bergerigi, kat dalam tu ada air then ada benda yang bling-
bling kat dalam tu. Baru la meriah sikit an
* Cikgu guna pembaris kuning panjang yang ada pemegang kat tengah-tengah tu
tapi tak pernah nampak cikgu pegang kat situ pun. Oh ye time tu still guna papan 
hitam lagi ye bukan whiteboard so tulis pakai kapur.
* Bulu ayam ramping kerana sering dijadikan sebagai rotan !
* Time pendidikan seni, semua boleh lukis tapi bila time colour hampeh. Comot
habis baju yang putih tu, ada yang buat anyaman pakai kertas warna, kolaj segala.
* Jam tangan Boy London jadi idaman sebab boleh tukar-tukar colour ikut suhu.
* Takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak.
* Balik sekolah beli JoJo tak pun Dendang. Tora pun best jugak tapi semata-
mata nak mainan, coklat yang kat dalam tu tak makan pun.
* Kasut berlampu dekat tapak ala yang iklan dia kat TV boleh tembak alien tu.
* Permainan pulak macam ikut musim je. Kejap-kejap main layang-layang, tuju 
selipar, main galah panjang, main guli. aahhh banyak la.
* Siri kartun - Dragon Ball, power rangers, ultraman, ninja turtles, Thundercats, 
maskman, Gaban and macam lah.



Okey dah habis, menggeletar tangan nak habiskan yang ni pun. LOL Pape pun
korang jangan lupa semua benda ni sebab budak-budak zaman sekarang tak 
sempat pun nak layan benda-benda ni. Semua asyik ngadap TV and main PS.
Entah-entah bila ajak main tarik upih pun tak tahu. Kita akan berubah, cuma asal 
usul kita yang permanent.


No comments:

Post a Comment