Friday, October 28, 2011

Friends

Assalamualaikum & Hi



Bila encik hati sedang bergelora dan mahu berkata sesuatu tentang situasi semasa
yang hanya si dia je yang tahu dan ingin melepaskan sesak didada walaupun
dia kelihatan gembira dalam menjalani kehidupan hariannya. So ini lah tempat yang
encik hati pilih untuk menyatakan apa yang dirasai secara 'berlapik' but ada kena
mengena dengan 'sesiapa' secara baik (:


Sahabat yang baik adalah sahabat yang sanggup menegur setiap kesilapan kita tanpa
membiarkan kita dari terus  melakukan kesilapan.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang boleh perasan akan perubahan pada diri kita.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering memuji kita dengan ikhlas.

Sahabat yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya berada dalam keadaan
kesusahan.

Sahabat yang baik adalah yang sentiasa mementingkan sahabatnya.

Sahabat yang baik tidak akan memperlecehkan sahabatnya.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering mencuba untuk tidak menyakiti hati
sahabatnya.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang tidak akan membiarkan rakannya
diketawakan oleh orang lain.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang sering memberikan kata-kata semangat
 kepada sahabatnya.

Sahabat yang baik tidak akan mengabaikan sahabatnya.

Sahabat yang baik tidak akan bercakap perkara yang dia sendiri tahu perkara itu
tidak disukai oleh sahabatnya.

Yang paling penting is,

Sahabat sejati adalah sahabat yang sentiasa disamping kita tidak kira, sewaktu kita
susah mahupun senang !






Sorry if ada sebarang kesilapan. It's just my opinions sepanjang menjadi seorang sabahat
and I try to be a good friends. Love for all

Sunday, October 23, 2011

Makin TERabai

Assalamualaikum & Hi



Akhirnya dapat jugak aku menjenguk sini setelah sekian lama menyepikan diri gara-gara
assignment and homework yang berlungguk-lungguk. Seriously dah lama aku tak update
 bendalah ni, apatah lagi nak berblog walking. Memang jauh sekali la. Sobs ! Sobs ! Sobs !


Dont know why, lately aku malas sangat nak bersocial. Bukan sebab bajet to be a good 
girl but mood nih tak menentu kejap okey kejap tak. Terlalu sensitive sangat dengan
keadaan sekeliling makin cepat terasa and kuat cemburu dalam segala hal. Kadang-kadang
aku sendiri terfikir to run away as far as possible, aku rasa sangat penat dengan keadaan 
yang macam ni. Aku tak faham why why and why, even it's my own feelings.


 Biarlah ape pun orang nak cakap sebab aku dah penat dah lelah jaga hati orang yang tak
 pernah peduli dengan perasaan aku, even it has been many times I say it. Aku juga manusia 
yang mempunyai hati dan keinginan as others. 








Yes ! 
Now i'm decided not to socialize with anyone.


NOTE : Penulisan untuk diri sendiri.

Thursday, October 6, 2011

Kenapa kita kaya and kenapa kita miskin ?

Assalamualaikum & Hi





" Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita right ? So tidak peduli semiskin
mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seseorang pun yang dapat 
mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. And apa yang korang fikirkan dalam otak
adalah jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan. "


Monday, October 3, 2011

Awas entry bergambar !

Assalamualaikum & Hi



Yeah untuk entry kali ni aku berazam tanak merepek panjang sebab takde idea
and malas nak taip sebab aku pun banyak keje nak buat, HAHAHA. Final dah 
dekat ni so keje-keje lab and assignment pun mula lah datang bertubi-tubi sampai
lebam aku otak aku nak memikirkannye, okey hiperbola ! Straight punya cite for
this entry aku just nak tempek gambar-gambar yang aku curik dari album beberapa 
orang photographer yang shoot last weekend.


Macam ada yg tak kena je dgn pose aku yg ni

Thanks photographer anda berjaya buat si pendek tampak lebih tinggi

Love it

Okeh ! Aku suka sangat lepas dah tengok gambar yang kat atas tu, padahal before
tengok this rasa macam ahh entah ape-ape je photographer ni. Ada ke pulak mintak
aku pose ala-ala nak panjat pokok HAHAHA. Eh korang tahu tak tangan aku sebelah
sane tu sebenarnye straight ke atas pokok if boleh nampak memang tinggi la dari 
kepala bukan pelok pokok okeh, ala macam orang nak panjat pokok tu. Hah ! 
macam tu la gaya aku. Then lepas dah tengok, baru tahu sambil bermonolog
 " Ouh macam ni rupanye yang dia nak ( sambil memuji-muji hasilnye )". Actually
photographer ni dia tahu apa yang dia nak and kalau dia suruh pose yang agak luar
daripada jangkaan kita tu bukan bermakna dia nak membuli ke apa. Diorang ni kretif
sebenarnya !!


Cantik an belakang tu, macam berputar putar je

Like it !!









note : saya hanyalah model 'tempek' yang kaku

Saturday, October 1, 2011

Thanks Maria Wakeashima !

Assalamualaikum



Hi everyone. Yeah tetiba rasa terpanggil nak buat satu entry untuk ucapkan rasa terima
kasih untuk akk Maria Wakeashima. Kenapa? Ahh tak perlu tanya kenapa sebab
 aku tahu jawapan yang bakal aku beri akan membuatkan korang rasa sangat jeles dan
korang mesti mempersoalkan why ? why ? why Julia yang dapat ? HAHAHA puih
perasan je padahal takde orang peduli pun .




Eh korang, korang perasan tak something new with my blogie. Background yang agak
 lebih matang and the most important thing is my header ! Yesss tu la point aku 
sebenarnya, fyi header yang aku guna sekarang adalah daripada hasil titik peluh
Maria Wakeashima. Betul ke peluh bajet macam aku nampak je an. Okey tapi takpe
yang penting ai suka sangat dengan apa yang akk buat. Thanks tau ! Thankssss
 a lot and sekarang ai dah tahu betapa pentingnya header tu untuk seorang blogger.



Smile with love

Assalamualaikum & Hi





" Kamu tidak dapat menggembirakan semua orang dengan harta benda, oleh itu
gembirakanlah mereka dengan senyuman yang berseri dan dari hati yang ikhlas luhur "
Bukankah dengan sebuah senyuman wajah kita tampak lebih manis, senyumlah selagi
 kita mampu tersenyum.